Sunday 30 December 2012

Cuba Resepi Sos Carrot

Bahan :
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji carrot saiz sederhana - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 batang saleri - dikisar
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar membumbung tepung gandum
2 sudu besar membumbung tepung jagung
2 sudu besar membumbung tepung kastard
2 sudu besar marjerin @ butter

Cara membuat Puri Sos Carrot :
Cairkan marjerin atau butter dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan tomato puri pula, kacau sebati dan biarkan 10 minit dengan api sederhana.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, kacau hingga sebati.
Semasa proses ini akan kelihatan bahan-bahan menjadi pekat, kacau lagi biarkan bahan-bahan tersebut sebati dalam 5 minit dan boleh tutup api.
Puri Sos Carrot siap dah..simple jer..

Bahan Sos Carrot :
2 cawan air
1/2 cawan puri sos carrot yang kita buat tadi.
4 sudu besar sos cili ataupun agak-agak jer ler supaya seimbangkan rasa sos tersebut
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk lada putih
 1/2 kiub ayam
 gula dan garam secukup rasa.

Cara membuat Sos Carrot :

Ok. sebelum kita mula...nak ingatkan jika Puri Sos Carrot tu baru keluar dari Peti Ais tu, biarkan dalam suhu bilik buat sementera..yer..jgn terus buat.
Kemudian masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih, terpulang nak sos banyak mana pun...pandai2 lah, selalunya kalau 2 cawan air panas, masukkan 1/2 cawan Puri Sos Carrot.
Sebatikan dan masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa.Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.Jika sos kelihatan pekat, boleh tambah sedikit air panas.
ok...siap dah..selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment